SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT SAYA

selamat datang.....

Jumaat, 25 November 2011

ALAT MUZIK TRADISIONAL KEBANGGAAN KITA

PENGENALAN

Tajuk ini merupakan salah satu tajuk yang terdapat dalam mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tahun 5. Tema ini menghuraikan kepelbagaian warisan budaya masyarakat dan tanggungjawab individu untuk mengekalkan dan menghargai warisan budaya negara. Salah satu warisan budaya negara ialah alat-alat muzik tradisional yang menjadi kebanggaan kita.
  
Orkestra


Malaysia mempunyai dua orkestra tradisional; iaitu gamelan dan nobat.

Gamelan, yang berasal dari Indonesia, adalah merupakan orkestra tradisional yang memainkan melodi menggunakan sekumpulan alat muzik termasuk gong serta alat muzik bertali. Nobat pula adalah orkestra diRaja yang memainkan muzik istana yang lebih formal menggunakan pelbagai alat muzik, termasuk serunai dan nafiri.



Rebana Ubi

Ketika zaman kerajaan Melayu lama, bunyi paluan rebana ubi yang besar digunakan untuk menyampaikan pelbagai jenis pesanan; dari amaran mengenai serangan musuh, hinggalah pengumuman majlis perkahwinan. Kini, rebana ubi menjadi salah sebuah alat muzik yang digunakan dalam pelbagai persembahan acara kemasyarakatan.
Kompang

Kompang boleh dikatakan alat muzik tradisional yang paling popular di Malaysia, dan digunakan di pelbagai majlis seperti Perarakan Hari Kemerdekaan, pelbagai majlis rasmi, serta majlis perkahwinan. Kompang yang berbentuk seperti sebiji tamborin tanpa kepingan besi di sekelilingnya, selalunya dimainkan secara berkumpulan. Pelbagai corak paluan dihasilkan dengan melapiskan pelbagai rentak paluan yang berbeza menjadi satu gabungan ritma yang menarik.
Gambus

Gambus dibawa ke Malaysia oleh para pedagang dari Parsi serta Timur Tengah. Gambus dimainkan dengan pelbagai gaya dalam muzik tradisional Melayu, terutama sekali sebagai alat muzik utama dalam muzik Ghazal. Alat muzik ini, yang direka halus menggunakan campuran berbagai jenis kayu, menghasilkan bunyi seakan-akan alat muzik kecapi (harp).
Sape

Sape adalah sejenis gitar tradisional masyarakat Orang Ulu atau penduduk hulu sungai di Sarawak. Alat muzik ini, yang dihias indah dengan pelbagai corak ukiran yang berwarna warni, diperbuat daripada sebatang kayu yang ditebuk. Alat muzik ini, yang dahulunya dimainkan seorang diri sebagai hiburan, kini telah menjadi sebuah alat muzik sosial. Lazimnya, sape dimainkan mengikut tema yang berbeza bagi mengiringi tarian seperti Ngajat dan Datun Julud.

Erhu

 
Erhu merupakan sejenis alat muzik gesek tradisional China. Erhu bersejarah lama, ia mucul pada destinasi Tang iaitu abad-7 hingga abad-10 dan popular di kawasan penempatan kaum minoroti di sebelah barat laut China pada masa itu. Dalam sejarah perkembangan selama lebih seribu tahun, Erhu selalu dimain sebagai alat muzik irama. Erhu sepanjang 80 sentimeter dan bentuknya ringkas.
Selepas tahun 1949, penbuatan, pembaharuan dan persembahan Erhu mendapat kemajuan. Ia boleh dimain solo dan juga boleh dimain sebagai alat muzik irama. 
Sompotan
Salah satu daripada paip ini tidak mempunyai bunyi dan berfungsi untuk memperseimbangkan kedudukan bentuk alat tersebut. Dengan meniup atau menyedut mulut labu, si pemain boleh menghasilkan satu bunyian harmoni yang merdu. Beberapa kepingan kecil polod(seperti dalam Bungkau) diletakkan pada dasar tiap-tiap tepian paip yang berbunyi. Paip tersebut dimasukkan ke dalam lubang pada sisi labu kemudian ditampal dengan lilin lebah. Kepingan kecil polod diletakkan di dalam labu dan menambah salun alat yang baru disiapkan. Paip-paip buluhnya diikatkan bersama dengan rotan yang telah diraut nipis. Semasa memainkan sompoton, seseorang pemain menutup dan membuka tiga daripada empat paip terpendek pada hujungnya dengan tiga jari tangan kanan dan tiga lubang kecil pada dasar paip terpendek serta hadapan dan belakang paip yang lebih panjang dengan jari tangan kiri. Sompoton ini boleh dimainkan secara perseorangan untuk hiburan persendirian atau dalam kumpulan untuk mengiringi tarian. Ianya popular di kalangan suku kaum Kadazandusun.
 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan